Rejang Ranger's ditubuhkan pada tahun 2012. Dianggotai oleh Ranger's Merah (Alan Nazari), Ranger's Hijau (Amar Adli), Ranger's Biru (Apiz Ismail) dan aku sendiri sebagai Ranger's Hitam. Pusat operasi terletak di Setapak Kuala Lumpur. Kami sentiasa bersama-sama dalam menjalankan apa jua operasi dan misi. Futsal bersama. Karaoke bersama. Makan bersama. Keluar bersama. Berhibur bersama. Movie bersama. Bersama dalam apa jua. Ini berdassarkan moto kumpulan kami adalah "Always Together In Any Situation". Kini ahli kami bertambah dengan kemunculan Ranger's Kuning (Azuan Nasir). We all is REJANG RANGER'S BROTHER.
Friday, 15 November 2013
Tuesday, 12 November 2013
Rindu Keluarga Kerjaku Dulu
Alam pekerjaan sememangnya mencabar. Ada yang membahagiakan. Ada juga yang mengecewakan.
Awal permulaan kerjayaku bermula dari bawah. Aku tidak kisah kerana aku tahu dalam kemajuan dunia sekarang sememangnya sukar aku mendapat pekerjaan yang selayaknya utuk kelulusanku. Aku belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baruku. Aku dalami tugas dan tanggugjawabku sebagai pekerja. Semakin hari aku semakin seronok dengan pekerjaanku. Rakan sekerja yang baik dan selalu memberi tunjuk ajar membuatkan aku semakin arif dengan tugasku. Kami bekerja dan saling bantu-membantu. Hubungan kami seperti sebuah keluarga besar yang sangat bahagia. Kemesraan dan kerjasama yang kuat antara kami kadang-kadang menimbulkan cemburu unit-unit lain di syarikatku. Aku semakin seronok bekerja di sini.
Tapi itu sume dulu. Keluarga besarku selama hampir 3 tahun semakin mengecil. Rakan-rakan sekerjaku selama ini yang sudah ku anggap seperti kakak-kakakku sendiri telah tiada lagi di syarikatku. Ada yang telah berhijrah ke syarikat baru. Ada juga yang telah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ketuaku juga telah berpindah setelah beliau kahwin. Kemeriahan bekerja di pejabat semakin suram. Gelak tawa riang semakin jarang kedengaran.
Benar kata pujangga, "patah tumbuh hilang berganti". Staf diganti. Ketuaku juga diganti.
Keadaan berubah. Tapi berubah menjadi lebih suram. Sunyi.
Aku rindu suasana pejabatku yang dulu. Yang sentiasa meriah dengan gelak tawa dan usik-usikan.
#sabarlah wahai hati...

Friday, 8 November 2013
Kenangan.. Korea Negara Kedua Aku Dapat Jejak Selepas Singapura.. :)
Mungkin sekali seumur hidup jek dpt nk merasa dok kt negara org nie.. Tp pe2 pown negara sendiri lg selesa pd aku.. hihi..
Thursday, 7 November 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)