Awal permulaan kerjayaku bermula dari bawah. Aku tidak kisah kerana aku tahu dalam kemajuan dunia sekarang sememangnya sukar aku mendapat pekerjaan yang selayaknya utuk kelulusanku. Aku belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baruku. Aku dalami tugas dan tanggugjawabku sebagai pekerja. Semakin hari aku semakin seronok dengan pekerjaanku. Rakan sekerja yang baik dan selalu memberi tunjuk ajar membuatkan aku semakin arif dengan tugasku. Kami bekerja dan saling bantu-membantu. Hubungan kami seperti sebuah keluarga besar yang sangat bahagia. Kemesraan dan kerjasama yang kuat antara kami kadang-kadang menimbulkan cemburu unit-unit lain di syarikatku. Aku semakin seronok bekerja di sini.
Tapi itu sume dulu. Keluarga besarku selama hampir 3 tahun semakin mengecil. Rakan-rakan sekerjaku selama ini yang sudah ku anggap seperti kakak-kakakku sendiri telah tiada lagi di syarikatku. Ada yang telah berhijrah ke syarikat baru. Ada juga yang telah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ketuaku juga telah berpindah setelah beliau kahwin. Kemeriahan bekerja di pejabat semakin suram. Gelak tawa riang semakin jarang kedengaran.
Benar kata pujangga, "patah tumbuh hilang berganti". Staf diganti. Ketuaku juga diganti.
Keadaan berubah. Tapi berubah menjadi lebih suram. Sunyi.
Aku rindu suasana pejabatku yang dulu. Yang sentiasa meriah dengan gelak tawa dan usik-usikan.
#sabarlah wahai hati...

No comments:
Post a Comment